shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Ipoh - Klebang ( 26 Unit Rumah Teres 2 Tingkat )

Ipoh

Residential Type: 2-sty Terrace/Link House

Built Up: 1,940 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 4

Price from

MYR 476,000

Ipoh - Klebang ( 19 Unit Rumah Teres 2 Tingkat )

Ipoh

Residential Type: 2-sty Terrace/Link House

Built Up: 2,133 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 3

Price from

MYR 463,884

News

View More View More

Perak paling banyak rumah siap tidak terjual tahun lalu

23 May 2024
IPOH: Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata, unjuran itu dibuat berasaskan kepada pelbagai projek pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) serta pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP). "Apabila negeri dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan ada peluang pekerjaan bermakna ada keperluan untuk menyediakan unit rumah itu meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Taman Istana, di sini hari ini. Saarani berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama negeri yang menerajui agenda menyediakan perumahan mampu milik. Sementara itu, beliau berkata cadangan supaya Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 dikaji semula dengan penekanan kepada pembinaan rumah berharga RM200,000 dan ke bawah, perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya peningkatan kos bahan binaan seperti besi yang perlu diimport. Saarani berkata, pemain industri binaan juga mesti dilayan dengan adil khususnya apabila mereka perlu membeli bahan binaan dengan harga mahal, namun perlu menjual rumah pada harga tertentu. "Saya rasa ini bukan sahaja berlaku di Perak, malah seluruh negara, tentang keperluan untuk pemain industri binaan ini membeli barang binaan daripada negara luar dengan cukai yang tinggi. Jadi kalau dapat kita kawal (kadar) cukai import itu mungkin kita boleh mengurangkan kenaikan harga rumah," katanya. Pengerusi REHDA Perak, Raymond Chan dalam ucapannya berkata, laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan jumlah transaksi hartanah di Perak sepanjang tahun lalu ialah 44,468 unit bernilai RM11.319 bilion. Beliau berkata, jumlah itu mengalami penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 47,867 unit bernilai RM11.484 bilion pada 2022. Menurutnya, laporan NAPIC juga mendapati bahawa sepanjang 2023, sejumlah 4,598 unit kediaman telah siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang'. "Perak mencatatkan 'overhang' yang tertinggi dengan peratusan sebanyak 17.8 peratus daripada jumlah 25,816 unit di seluruh negara," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1249464/perak-perlu-lebih-57000-unit-rumah-menjelang-2030  

Tajuk Berita : Nilai transaksi pasaran hartanah melonjak kepada RM56.53 bilion

20 May 2024
KUALA LUMPUR: Prestasi pasaran hartanah di Malaysia terus mengukuh pada suku pertama 2024 dengan bilangan dan nilai transaksi masing-masing melonjak sebanyak 17.2 peratus dan 34.3 peratus kepada 104,297 transaksi bernilai RM56.53 bilion.Pada suku sama tahun lalu, pasaran hartanah tempatan merekodkan sebanyak 89,024 transaksi bernilai RM42.11 bilion. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata sebagai salah satu enjin induk pertumbuhan ekonomi negara, pengukuhan industri hartanah pada suku pertama ini membuka pintu kepada banyak perkara. Beliau berkata, ia memberi keyakinan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan kukuh untuk 2024.Malah, katanya ia adalah isyarat awal kejayaan transformasi negara seperti ditetapkan dalam kerangka Ekonomi MADANI. "Kerajaan berharap perancangan ekonomi yang mengimbangkan projek-projek pemangkin dengan pembangunan inklusif akan mendorong perkembangan pasaran hartanah bagi jangka masa panjang," katanya dalam satu kenyataan selepas taklimat media Laporan Pasaran Harta Suku Pertama 2024 Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) secara maya hari ini. Sementara itu, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Abdul Razak Yusak, berkata pengukuhan pasaran hartanah pada suku dikaji didorong oleh peningkatan ketara transaksi di semua subsektor. Beliau berkata, subsektor komersial merekodkan pertumbuhan sebanyak 33.4 peratus, kediaman (16.6 peratus), industri (14.3 peratus), pertanian (13.7 peratus) dan tanah pembangunan serta lain-lain pada 10.7 peratus. Katanya, subsektor kediaman terus mendominasi hampir 60 peratus aktiviti pasaran hartanah, dengan lebih 62,000 transaksi bernilai melebihi RM25 bilion."Kediaman berharga RM300,000 dan ke bawah masih menguasai pasaran, dengan 33,500 bilangan transaksi direkodkan iaitu melebihi 50 peratus daripada jumlah transaksi. "Sokongan berterusan kerajaan seperti pemanjangan tempoh pengecualian duti setem dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama bernilai RM500,000 ke bawah sehingga Disember 2025 menjadi pemangkin pasaran hartanah yang lebih kukuh," katanya. Abdul Razak berkata, walaupun prestasi pasaran hartanah semakin bertambah baik, namun masih ada risiko cabaran ekonomi global dan persekitaran luaran yang sukar diramal.Justeru, beliau berkata kerajaan MADANI memperkenalkan beberapa ikhtiar serta projek pemangkin untuk memacu ekonomi tempatan, sekaligus merangsangkan pengembangan pasaran hartanah. Katanya, ini termasuk menambahbaik fleksibiliti syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H), membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan mewujudkan Zon Kewangan Khas di Forest City. "Selain itu, terdapat juga langkah menyokong permintaan hartanah melalui perkembangan positif pembangunan seperti projek Rapid Transit Link (RTS) di Johor, projek perindustrian utama di wilayah utara, projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1247215/nilai-transaksi-pasaran-hartanah-melonjak-kepada-rm5653-bilion  

Article

View More View More

Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030

23 May 2024
IPOH: Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata, unjuran itu dibuat berasaskan kepada pelbagai projek pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) serta pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP). "Apabila negeri dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan ada peluang pekerjaan bermakna ada keperluan untuk menyediakan unit rumah itu meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Taman Istana, di sini hari ini. Saarani berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama negeri yang menerajui agenda menyediakan perumahan mampu milik. Sementara itu, beliau berkata cadangan supaya Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 dikaji semula dengan penekanan kepada pembinaan rumah berharga RM200,000 dan ke bawah, perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya peningkatan kos bahan binaan seperti besi yang perlu diimport. Saarani berkata, pemain industri binaan juga mesti dilayan dengan adil khususnya apabila mereka perlu membeli bahan binaan dengan harga mahal, namun perlu menjual rumah pada harga tertentu. "Saya rasa ini bukan sahaja berlaku di Perak, malah seluruh negara, tentang keperluan untuk pemain industri binaan ini membeli barang binaan daripada negara luar dengan cukai yang tinggi. Jadi kalau dapat kita kawal (kadar) cukai import itu mungkin kita boleh mengurangkan kenaikan harga rumah," katanya. Pengerusi REHDA Perak, Raymond Chan dalam ucapannya berkata, laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan jumlah transaksi hartanah di Perak sepanjang tahun lalu ialah 44,468 unit bernilai RM11.319 bilion. Beliau berkata, jumlah itu mengalami penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 47,867 unit bernilai RM11.484 bilion pada 2022. Menurutnya, laporan NAPIC juga mendapati bahawa sepanjang 2023, sejumlah 4,598 unit kediaman telah siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang'. "Perak mencatatkan 'overhang' yang tertinggi dengan peratusan sebanyak 17.8 peratus daripada jumlah 25,816 unit di seluruh negara," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1249464/perak-perlu-lebih-57000-unit-rumah-menjelang-2030  

Panduan pemetaan pastikan harga rumah mampu milik masuk akal

16 May 2024
PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan panduan pemetaan harga kediaman mampu milik bagi memastikan ia sesuai dan masuk akal. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata panduan pemetaan di bawah Dasar Perumahan Negara itu adalah lebih saintifik dengan mengambil kira negeri dan lokaliti tertentu. "Sebagai contoh, sebelum ini di bawah Dasar Perumahan Negara, definisi kediaman mampu milik tidak melebihi RM300,000, tetapi harga rumah mampu milik di Kelantan dan Kuala Lumpur (jika) diukur pada titik yang sama iaitu RM300,000 mungkin tidak masuk akal. "Justeru, bagi memastikan ia sesuai, KPKT sedang melaksanakan panduan pemetaan yang lebih saintifik di bawah Dasar Perumahan Negara bagi memastikan jenis harga yang sesuai boleh ditawarkan, bergantung kepada negeri dan lokaliti," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perumahan Serantau REHDA Institute, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk NK Tong. Sementara itu, Kor Ming berkata, KPKT menjangkakan prestasi yang stabil dalam pasaran hartanah dan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malah, beliau berkata, banyak saham dalam sektor hartanah turut mencatatkan peningkatan yang baik. Katanya, pasaran hartanah negara sedang mencatatkan pemulihan dan pertumbuhan yang stabil, selepas merekodkan 399,000 transaksi hartanah bernilai sekitar RM200 bilion tahun lalu. "Sejak kerajaan MADANI mengambil alih kepimpinan negara, hartanah tidak terjual telah menurun kepada kurang 24,000 unit berbanding 37,066 unit, pengurangan besar dan ketara melebihi 40 peratus. "Malaysia kini menjadi destinasi menarik kepada ekspatriat dengan jumlah permit kerja yang dikeluarkan oleh imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi telah meningkat kepada 154,115 pada 2023, berbanding 110,819 pada 2022. "Peningkatan lebih daripada 50 peratus ini menjadi petunjuk kukuh bahawa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya. Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pembangunan semula perancangan bandar menjadi agenda ekonomi dan sosial yang penting kepada Malaysia. Katanya, kadar urbanisasi diunjurkan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040 berbanding kadar semasa 78 peratus. "Banyak bangunan di Malaysia kini semakin usang dan usaha pembaharuan boleh membantu dalam memulihkan serta menghidupkan semula kawasan bandar yang usang dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi melalui pelaksanaan Garis Panduan Pembaharuan Bandar," katanya. Beliau berkata, kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengubah Kuala Lumpur menjadi pusat bandar masa depan terkemuka dan contoh menerusi Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025, Pelan Strategik DBKL 2021-2030 dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040). "Semua pelan ini tidak akan berjaya jika banyak bangunan di bandar kita termasuk hartanah strata tidak dihuni dan terbiar kerana isu undang-undang yang membawa kepada potensi kawasan setinggan bandar," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1246894/panduan-pemetaan-pastikan-harga-rumah-mampu-milik-masuk-akal