shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Taiping ( 6 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat )

Taiping

Commercial Type: Shop Office

Built Up: 1,400 sq.ft.

Price from

MYR 788,000

Taiping ( 8 Unit Kedai Pejabat 3 Tingkat )

Taiping

Commercial Type: Shop Office

Built Up: 1,400 sq.ft.

Price from

MYR 988,000

News

View More View More

Transaksi hartanah tertinggi dalam sedekad, rumah tak terjual berkurangan

03 March 2025
PUTRAJAYA: Pasaran hartanah negara melakar pencapaian memberangsangkan dengan merekodkan jumlah dan nilai transaksi tertinggi dalam tempoh sedekad pada 2024. Jumlah transaksi menokok 5.4 peratus kepada 420,525 berbanding 399,008 pada 2023, manakala nilai transaksi melonjak 18 peratus kepada RM232.3 bilion, berbanding RM196.83 bilion pada 2023. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pasaran primer juga memacu peningkatan yang tinggi sebanyak 34.1 peratus kepada 75,784 unit dengan prestasi jualan pada 37.3 peratus bagi tahun 2024. Selain itu, katanya perkembangan positif dilihat bagi prestasi jualan hartanah kediaman siap dibina yang tidak terjual atau 'overhang' menurun kepada 23,149 unit bernilai RM13.94 bilion berbanding 25,816 unit bernilai RM17.68 bilion pada 2023. "Prestasi penghunian kompleks perniagaan merekodkan peningkatan marginal dengan kadar penghunian meningkat 78.8 peratus berbanding 77.4 peratus pada tahun sebelumnya. "Sebaliknya, kadar penghunian pejabat binaan khas milik persendirian mencatat 71.7 peratus berbanding 71.9 peratus yang direkodkan pada tahun 2023. "Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) mencatat pertumbuhan sederhana pada kadar 3.3 peratus dengan harga purata RM486,678 seunit. Semua negeri mengalami pertumbuhan sederhana antara 0.6 peratus hingga 5.5 peratus dengan rumah berkembar mendahului dengan peningkatan 4.1 peratus, diikuti rumah teres 3.6 peratus, rumah sesebuah 2.6 peratus dan bangunan bertingkat tinggi 2.3 peratus," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di Institut Penilaian Negara (INSPEN) di sini, hari ini. Amir Hamzah berkata, selain didorong pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada kadar 5.1 peratus, pertumbuhan positif pasaran hartanah pada 2024 didasari oleh pelaksanaan pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan untuk merancakkan ekonomi Malaysia serta merangsang perkembangan pasaran hartanah di seluruh negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI. "Antara inisiatif yang menyokong pertumbuhan ini termasuk pelonggaran syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H), pelaksanaan projek industri utama di wilayah utara, pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta penubuhan Zon Kewangan Khas di Forest City. "Inisiatif ini menyumbang impak yang signifikan kepada aktiviti pasaran harta tanah dan menjadi pemangkin prestasi luar biasa pasaran hartanah dalam tempoh 10 tahun," katanya. Beliau menambah, ekonomi negara yang diunjur berkembang sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus bagi tahun ini didorong oleh aktiviti transaksi yang mampan dan pertumbuhan dalam sektor pembinaan hartanah dijangka mampu mengekalkan pertumbuhan pasaran hartanah yang kukuh pada 2025. Katanya, bagi memastikan pertumbuhan yang terus kukuh, kerajaan secara konsisten menyediakan insentif melalui perlaksanaan berterusan kerangka Ekonomi MADANI yang diterjemah dalam Belanjawan 2025, antaranya pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan bagi pembelian yang dibuat antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027 bagi kediaman bernilai RM500,000 hingga RM750,000. "Bagi meningkatkan akses pembiayaan bagi pembeli rumah pertama, dana di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dinaikkan menjadi RM10 bilion. "Beberapa inisiatif pemangkin juga diperkenalkan bagi merangsang ekonomi dan pengembangan pasaran harta tanah, antaranya membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan menubuhkan zon kewangan khas di Forest City, Johor yang dijangka akan menarik lebih ramai pelabur global ke Malaysia. "Pembangunan infrastruktur seperti Projek Transit Link (RTS) di Johor, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka terus memangkin peningkatan ekonomi dan pasaran hartanah negara," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2025/02/1365959/transaksi-hartanah-tertinggi-dalam-sedekad-rumah-tak-terjual  

Kuota, diskaun hartanah Bumiputera wajar disemak - Penganalisis

26 February 2025
KUALA LUMPUR: Kuota dan diskaun bagi Bumiputera dalam sektor hartanah wajar disemak semula supaya lebih bersasar dan menepati keperluan semasa, sekali gus memastikan keseimbangan antara keadilan sosial dan dinamik pasaran. Penilaian semula itu dilihat penting bagi mengelakkan lebihan hartanah tidak terjual, menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan pembeli yang benar-benar memerlukan serta memastikan dasar itu terus relevan dalam ekosistem ekonomi dan perumahan negara yang semakin berkembang. Pengarah Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Suraya Ismail, berkata kuota Bumiputera dalam sektor hartanah sudah lama menjadi instrumen dasar sejak 1970-an bagi memastikan pemilikan aset lebih inklusif dalam kalangan masyarakat Bumiputera. Beliau berkata, matlamat utamanya pada masa itu adalah untuk memastikan bahawa kejiranan tidak hanya didiami oleh satu kaum sahaja, sebaliknya mencerminkan komposisi kaum yang lebih seimbang. "Namun, itu adalah pada tahun 1970-an. Hari ini, perbincangan bukan lagi mengenai sama ada kita perlu terus berusaha ke arah itu (komposisi kaum), tetapi lebih kepada cabaran kenaikan harga hartanah. "Saya tidak mahu menggambarkan keadaan ini sebagai satu krisis kerana pada asalnya, dasar itu diwujudkan untuk memberikan insentif kepada orang ramai agar tinggal di kawasan yang mungkin mereka tidak mahu tinggal atas faktor budaya. Hari ini, kita sudah mencapai tahap koordinasi sosial yang lebih baik," katanya. Beliau berkata demikian pada Persidangan Hartanah Malaysia Ke-17 anjuran Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta & Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) di sini, semalam. Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan pada 1971 antara lain mengandungi dasar kuota Lot Bumiputera, iaitu unit tanah atau hartanah yang hanya boleh dibeli dan dimiliki oleh golongan Bumiputera. Matlamat dasar ini adalah meningkatkan peratusan pemilikan hartanah oleh golongan Bumiputera di Malaysia. Sekurang-kurangnya 30 peratus projek hartanah termasuk pemajuan perumahan perlu diperuntukkan kepada golongan Bumiputera, sama ada hartanah kediaman mahupun komersial. Lot Bumiputera kebiasaannya adalah antara lima hingga 15 peratus lebih murah berbanding Lot Bukan Bumiputera. Sementara itu, Pengerusi Penganjur Persidangan Hartanah Malaysia Ke-17, Sulaiman Akhmady Mohd Saheh, berkata kuota Bumiputera adalah seiring dengan DEB yang bertujuan membantu komuniti atau segmen dalam masyarakat yang memerlukan sokongan. Beliau berkata, keperluan itu masih wujud di beberapa kawasan tertentu pada masa ini, namun terdapat juga laporan daripada pemaju yang menyatakan jumlah hartanah yang tidak terjual adalah tinggi, termasuk membabitkan kuota Bumiputera. "Kami percaya bahawa keseimbangan diperlukan dalam hal ini dan ia bukanlah perkara yang mudah. Keseimbangan antara tanggungjawab sosial serta faktor ekonomi dan pasaran bebas perlu diambil kira. "Sistem kuota Bumiputera boleh diperhalusi dan disesuaikan mengikut senario tertentu bagi membolehkan pasaran berkembang, tetapi pada masa yang sama memastikan komuniti yang memerlukan termasuk golongan berpendapatan rendah dan bukan hanya Bumiputera tidak dipinggirkan," katanya. Sulaiman berkata, pendekatan sama kuota Bumiputera juga boleh diambil seperti pelaksanaan subsidi bersasar bahan api serta tarif elektrik yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika ini. Beliau berkata, rasionalisasi subsidi kini semakin mendapat perhatian kerana ia pasti memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. "Jika kita melihat negara lain, jumlah subsidi yang diberikan jauh lebih rendah. Salah satu masalah utama di negara kita adalah cabaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan pertengahan. "Isu ini bukan hanya berkaitan harga hartanah, namun cara kita boleh meningkatkan pendapatan rakyat. Oleh itu, tumpuan kepada sektor berimpak tinggi amat penting," katanya. Penasihat Kumpulan CBRE WTW, Foo Gee Jen pula berkata, kuota Bumiputera bagi sektor hartanah dilihat menguntungkan golongan 'mahakaya' berbanding golongan sasar yang memerlukan. Beliau berkata, kuota itu memberikan potongan harga menyeluruh tanpa mengira harga hartanah dan status pendapatan pembeli yang turut memberikan kemungkinan lonjakan harga hartanah. "Beberapa institusi telah membangkitkan persoalan mengapa golongan Bumiputera yang mahakaya masih menerima diskaun jika seseorang mampu membeli hartanah bernilai RM1 juta, mereka bukan lagi dalam kategori miskin. "Diskaun sepatutnya diberikan kepada golongan yang membeli rumah berharga RM300,000. Mengapa seseorang yang membeli hartanah bernilai RM1 juta masih mendapat diskaun. "Jumlah diskaun golongan kaya itu seharusnya diagihkan kepada lebih ramai pembeli rumah dalam kategori harga lebih rendah. Mekanisme ini perlu dikaji semula agar dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan," katanya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1363910/kuota-diskaun-hartanah-bumiputera-wajar-disemak-penganalisis

Article

View More View More

HBA cadang had beli hartanah menerusi kuota, diskaun Bumiputera

27 February 2025
KUALA LUMPUR: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mencadangkan agar pembelian hartanah menerusi kuota dan diskaun Bumiputera dihadkan, berbanding situasi semasa yang tidak menetapkan sebarang had terhadap jumlah unit yang boleh dibeli serta julat harga hartanah. Setiausaha Agung Kehormat HBA, Datuk Chang Kim Loong, berkata diskaun Bumiputera perlu dihadkan kepada dua hartanah pertama yang dibeli dan perlu di bawah harga RM1 juta. Beliau berkata, hal ini kerana tujuan asal pemberian diskaun Bumiputera adalah untuk membantu Bumiputera yang kurang berkemampuan memiliki rumah serta mengelakkan polarisasi kejiranan. Namun katanya, apa yang berlaku kini adalah golongan kaya juga dapat menikmati keistimewaan sama. "Justeru, kami mencadangkan agar hartanah mewah seperti penthouse, rumah berkembar mewah dan banglo dikecualikan daripada keistimewaan diskaun Bumiputera. "Malah, peningkatan jumlah unit Bumiputera yang tidak terjual turut menyumbang kepada lebihan penawaran dalam pasaran. "Daripada mencari lebih banyak tapak pembangunan baharu, unit yang tidak terjual ini sepatutnya dibuka jualan kepada bukan Bumiputera lebih awal," katanya kepada BH. BH sebelum ini melaporkan terdapat cadangan daripada pemerhati hartanah agar kuota dan diskaun bagi Bumiputera dalam sektor hartanah wajar disemak semula supaya lebih bersasar dan menepati keperluan semasa, sekali gus memastikan keseimbangan antara keadilan sosial dan dinamik pasaran. Penilaian semula itu dilihat penting bagi mengelakkan lebihan hartanah tidak terjual, menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan pembeli yang benar-benar memerlukan serta memastikan dasar itu terus relevan dalam ekosistem ekonomi dan perumahan negara yang semakin berkembang. Kim Loong berkata, cadangan agar kuota dan diskaun Bumiputera bagi hartanah disemak semula adalah isu yang sudah lama dibincangkan dalam industri. Beliau berkata, pihaknya sudah memberikan pelbagai pandangan mengenai kuota dan diskaun Bumiputera itu. Katanya, pandangan itu bukanlah ingin menghalang pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera, tetapi bagi mencari penyelesaian yang lebih baik. Pihak berkuasa, katanya, perlu mengambil langkah berani dan meneroka reformasi sedemikian jika benar-benar ikhlas dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk semua. Katanya, Malaysia berkembang pesat sejak 1970 dan tahap pendapatan majoriti Bumiputera meningkat dengan ketara. "Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai Bumiputera yang memerlukan bantuan, diskaun ini mungkin tidak sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. "Dakwaan timbul bahawa diskaun ini disalahgunakan oleh golongan Bumiputera yang kaya, yang akhirnya meningkatkan kos pemilikan hartanah untuk semua pihak. "Memandangkan diskaun ini terpakai untuk semua kategori hartanah dan tiada had terhadap jumlah hartanah yang boleh diperoleh, dasar yang baik ini dieksploitasi dalam pelbagai cara," katanya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364343/hba-cadang-had-beli-hartanah-menerusi-kuota-diskaun-bumiputera  

'Kaji kelemahan pelaksanaan kuota hartanah Bumiputera'

26 February 2025
KUALA LUMPUR: Kuota pembelian hartanah Bumiputera wajar disemak semula kerana terdapat kelemahan dikesan dalam pelaksanaannya. Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman, berkata pelaksanaan kuota itu dilihat tidak berjaya meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera. Beliau berkata, objektif sebenar pelaksanaan kuota lot Bumiputera semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970-an masih belum dicapai sehingga sekarang. Katanya usaha untuk meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera memerlukan kaedah baharu yang menyeluruh, bukan hanya menumpukan kepada harga hartanah semata-mata. "Semakan semula perlu, namun ia harus dilihat dari sudut pandang yang lebih besar. Jika larang pemilikan hartanah mewah dan hanya beri kepada hartanah berharga rendah dan sederhana, ia akan kembali ke zaman sebelum pelaksanaan kuota ini. "Ia dasar Bumiputera dan perlu diperhalusi supaya tidak terjadinya yang 'dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. "Boleh dilaksanakan supaya aset-aset Bumiputera ini disewa secara jangka masa panjang oleh syarikat besar asing atau bukan Bumiputera agar pemilikan ia tetap ada," katanya kepada BH. Mengulas lanjut, Ahmad Yazid berkata, hartanah Bumiputera bernilai tinggi juga semakin berkurangan begitu juga dengan pemilikan tanah dan penilaian aset di bandar. Katanya, kaedah untuk memastikan pemilikan tanah Bumiputera perlu dikaji semula namun harus memastikan semua golongan termasuk 'maha kaya' turut mendapat manfaat. Sementara itu, Setiausaha Agung Institut Profesional Hartanah Bumiputera Malaysia (BUMIPRO), Afizan Mohktar berpendapat semakan yang mahu dilaksanakan perlu dilihat daripada jenis hartanah dan tahap pendapatan pembeli. Beliau berkata, kuota Bumiputera harus ada walaupun bagi hartanah berharga RM1 juta ke atas, namun perlu mempunyai had pembelian unit atau diberikan peratusan diskaun yang lebih rendah. Katanya, bagi kuota Bumiputera untuk hartanah berharga di bawah RM600,000 pula perlu dikekalkan untuk memastikan hak Bumiputera dilindungi dan memberi peluang kepada Bumiputera membeli hartanah terutama rumah pertama. "Namun, perlu disekat dari segi had pendapatan agar golongan 'maha kaya' tidak boleh membeli hartanah kuota Bumiputera untuk tujuan pelaburan. "Semakan semula kuota Bumiputera ini perlu dilihat secara menyeluruh kesan baik dan buruknya. Jangan kerana ingin menghapuskan kepentingan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan, hak Bumiputera turut terhapus sepenuhnya," katanya. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364091/kaji-kelemahan-pelaksanaan-kuota-hartanah-bumiputera