Featured Properties
Newly Added Properties
View MoreNews
View More: Kerajaan tolak cadangan had beli rumah bagi tujuan pelaburan
29 October 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menolak cadangan untuk mengenakan had pembelian rumah bagi tujuan pelaburan.
Beliau berkata, bukan peranan kerajaan untuk mengehadkan pelaburan dalam sektor hartanah yang terbukti sebagai lindung nilai yang berkesan terhadap inflasi dan cara melindungi kekayaan.
"Sekatan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan kejatuhan pasaran hartanah dan memberi kesan buruk kepada kira-kira 200 industri yang berkaitan dengan hartanah, termasuk kontraktor, perkhidmatan paip, perbankan dan perkhidmatan guaman.
"Jika sektor hartanah runtuh, kesannya kepada negara kita boleh menjadi parah," katanya ketika sesi libat urus Menteri KPKT bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, dalam podcast 'Keluar Sekejap' (KS) baru-baru ini yang mencadangkan bahawa mengehadkan pembelian hartanah boleh membantu mengatasi krisis perumahan mampu milik dengan menangani lambakan rumah mewah tidak terjual dan meningkatkan harga rumah.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perlu difahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan perkara yang lebih penting adalah untuk memastikan terdapat penyediaan rumah yang mencukupi.
"Kita bukan negara komunis yang menghalang rakyat daripada membeli hartanah dan keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan tiada gelembung dalam pasaran hartanah serta keadaan semasa kekal stabil.
"KPKT menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM100 bilion pada 2024 dan ia berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Jumlah nilai transaksi untuk separuh pertama 2024 telah melebihi RM100 bilion," katanya.
Tambahnya, KPKT sedang merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperketat syarat-syarat untuk pemaju.
"Salah satu cadangan pindaan ialah menghalang pemaju yang terbabit dalam penipuan daripada meninggalkan negara.
"Mereka (pemaju) akan disenarai hitam dan bukan sahaja pemaju itu sendiri, malah keluarga mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/10/1315562/kerajaan-tolak-cadangan-had-beli-rumah-bagi-tujuan-pelaburan
Rangsang pasaran kediaman, hartanah
25 October 2024
Kuala Lumpur: Tumpuan Belanjawan 2025 terhadap kecekapan serta pelaburan, ditambah pula dengan pelepasan cukai untuk pembeli rumah kali pertama dijangka merangsang pasaran kediaman, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kashif Ansari berkata, Belanjawan 2025 dibentang bagi memperoleh sebanyak mungkin faedah ekonomi serta sosial daripada setiap ringgit dibelanjakan.
Untuk itu, kerajaan melaburkan usaha yang besar dalam memerangi rasuah selain menyalurkan subsidi dan insentif kepada mereka yang paling memerlukan.
"Dengan memfokuskan faedah kepada isi rumah yang lebih miskin dan kelas pertengahan yang cenderung membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk barangan serta perkhidmatan asas berbanding golongan kaya, belanjawan ini akan memacu aktiviti ekonomi dan permintaan dalaman.
Kashif melahirkan keyakinan bahawa pelepasan cukai kepada pemilik rumah kali pertama pada Belanjawan 2025 mampu merangsang permintaan dalam sektor hartanah dan pembinaan baharu.
Pemilik rumah kali pertama akan menerima pelepasan sehingga RM7,000 daripada bayaran faedah pinjaman, dengan pelepasan terbesar disasarkan kepada pembeli rumah bernilai sehingga RM500,000.
"Oleh kerana pelepasan ini hanya akan tersedia kepada mereka yang membeli selepas 1 Januari 2025, ia akan membantu pembeli kali pertama memasuki pasaran dan merangsang permintaan serta pembinaan baharu dalam pasaran pembeli kali pertama yang popular," katanya.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/10/1146734/rangsang-pasaran-kediaman-hartanah
Article
View MoreKerajaan tolak cadangan had beli rumah bagi tujuan pelaburan
28 October 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menolak cadangan untuk mengenakan had pembelian rumah bagi tujuan pelaburan.
Beliau berkata, bukan peranan kerajaan untuk mengehadkan pelaburan dalam sektor hartanah yang terbukti sebagai lindung nilai yang berkesan terhadap inflasi dan cara melindungi kekayaan.
"Sekatan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan kejatuhan pasaran hartanah dan memberi kesan buruk kepada kira-kira 200 industri yang berkaitan dengan hartanah, termasuk kontraktor, perkhidmatan paip, perbankan dan perkhidmatan guaman.
"Jika sektor hartanah runtuh, kesannya kepada negara kita boleh menjadi parah," katanya ketika sesi libat urus Menteri KPKT bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, dalam podcast 'Keluar Sekejap' (KS) baru-baru ini yang mencadangkan bahawa mengehadkan pembelian hartanah boleh membantu mengatasi krisis perumahan mampu milik dengan menangani lambakan rumah mewah tidak terjual dan meningkatkan harga rumah.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perlu difahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan perkara yang lebih penting adalah untuk memastikan terdapat penyediaan rumah yang mencukupi.
"Kita bukan negara komunis yang menghalang rakyat daripada membeli hartanah dan keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan tiada gelembung dalam pasaran hartanah serta keadaan semasa kekal stabil.
"KPKT menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM100 bilion pada 2024 dan ia berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Jumlah nilai transaksi untuk separuh pertama 2024 telah melebihi RM100 bilion," katanya.
Tambahnya, KPKT sedang merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperketat syarat-syarat untuk pemaju.
"Salah satu cadangan pindaan ialah menghalang pemaju yang terbabit dalam penipuan daripada meninggalkan negara.
"Mereka (pemaju) akan disenarai hitam dan bukan sahaja pemaju itu sendiri, malah keluarga mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/10/1315562/kerajaan-tolak-cadangan-had-beli-rumah-bagi-tujuan-pelaburan
Proses dan syarat mengurus, menjual harta pusaka
26 September 2024
Kehilangan orang yang tersayang adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Namun, begitulah hakikat kehidupan yang harus kita tempuhi. Yang masih hidup haruslah meneruskan perjalanan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing terutamanya dalam pengurusan harta peninggalan si mati atau lebih dikenali sebagai harta pusaka.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat, harta pusaka memberi makna harta warisan atau harta peninggalan si mati dan harta turun-temurun daripada nenek moyang yang hanya boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual.
Bagaimanapun, dari segi sudut perundangan harta pusaka boleh dijual namun haruslah melalui suatu proses perundangan yang mana urusan pusaka haruslah diselesaikan terlebih dahulu.
Selanjutnya, harta pusaka juga boleh terbahagi kepada Harta Pusaka Islam dan Harta Pusaka Bukan Islam.
Menurut syariat Islam, tuntutan pengurusan harta pusaka adalah fardhu kifayah. Oleh itu, waris-waris, terutamanya apabila seseorang itu telah meninggal dunia dan telah meninggalkan apa juga harta yang di bawah pemilikannya haruslah diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari.
Isu harta pusaka ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat, namun masih ramai orang yang tidak jelas berkenaan pengurusan harta pusaka apabila seseorang itu telah meninggal dunia.
Apabila ia dibiarkan dan tidak diuruskan dengan segera setelah kematian seseorang itu, ia akan membangkitkan isu yang lebih rumit di kemudian hari.
Oleh itu, kesemua waris haruslah cakna dalam pengurusan harta pusaka ini bukan sahaja dari segi sudut pengurusan asetnya sahaja malahan liabiliti atau hutang-hutang si mati juga harus diutamakan.
Langkah pertama yang harus dilaksanakan apabila seseorang itu meninggal dunia adalah mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Probet.
Probet adalah suatu proses untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.
Tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-undang.
Wasiat yang ditinggalkan oleh orang bukan beragama Islam adalah sah selagi mana ia tidak bercanggah dengan mana-mana Akta atau Ordinan dan tambahan pula bagi orang yang beragama Islam, harta yang boleh diwasiatkan adalah tidak lebih daripada satu pertiga harta pusaka kepada orang yang lain selain waris-waris yang berhak.
Manakala, Surat Kuasa Mentadbir pula adalah suatu proses perlantikan pentadbir yang sah di sisi undang-undang bagi menguruskan harta pusaka si mati sama ada harta tak alih mahupun harta alih.
Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh dipindahkan dari tempat asalnya seperti kediaman, kedai, tanah dan ladang. Manakala, harta alih pula ialah harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, saham, akaun simpanan bank, barang kemas, kenderaan, insurans dan sebagainya.
Waris-waris harus mengenal pasti kesemua harta-harta pusaka si mati kerana keseluruhan jumlah nilaian harta pusaka si mati inilah yang akan menentukan di mana permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi pengurusan kesemua harta pusaka si mati boleh dibuat.
Terdapat beberapa institusi yang boleh dibuat namun haruslah memenuhi kriteria yang tepat kerana institusi- institusi ini mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri dan tidak boleh dibuat permohonan secara bertindih.
Oleh itu, keseluruhan jumlah nilaian harta pusaka peninggalan si mati mesti diketahui oleh pihak waris.
Antara institusi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir yang terdapat di dalam industri perundangan di Malaysia adalah Amanah Raya, Pesaka Kecil dan juga Mahkamah Tinggi.
Ketiga-tiga institusi ini mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir yang sah.
Bagaimanapun, ketiga-tiga institusi ini mempunyai perbezaan syarat permohonan yang berbeza-beza bagi setiap kes dan hanya satu saluran sahaja yang dibuat permohonan.
Sekiranya terdapat dua permohonan yang dibuat, maka salah satunya hendaklah dibatalkan. Bagi institusi Amanah Raya yang mana ia ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, permohonan hanya boleh dibuat bagi harta si mati yang mana harta pusakanya adalah harta alih yang tidak melebihi RM600,000 sebagaimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532).
Oleh itu, waris-waris yang mempunyai kepentingan ke atas harta pusaka si mati yang tidak melebihi RM600,000 dan dalam bentuk harta alih sahaja bolehlah membuat permohonan kepada Amanah Raya.
Bagaimana pula bagi si mati yang mempunyai harta pusaka yang melebihi RM600,000 dan juga harta tak alih. Permohonan bagi kategori ini boleh dibuat sama ada di Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi.
Perbezaan di antara kedua permohonan di Pesaka Kecil dan juga Mahkamah Tinggi adalah berdasarkan nilaian keseluruhan harta pusaka si mati yang mana jumlahnya kurang daripada RM2 juta adalah di bawah kuasa Pesaka Kecil dan sekiranya lebih, Pesaka Kecil tidak mempunyai kuasa dan permohonan haruslah dibuat di Mahkamah Tinggi.
Bagi permohonan di Amanah Raya dan juga Pesaka Kecil, waris boleh terus hadir ke institusi yang berkenaan bagi membuat permohonan dengan mengisi borang-borang yang tertentu dan mengemukakan permohonan dengan maklumat yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati.
Manakala, bagi permohonan di Mahkamah Tinggi pula, permohonan hendaklah dibuat melalui firma guaman dan perlu membuat perlantikan peguam.
Dokumen-dokumen berkaitan seperti Sijil Mati bagi pembuktian kematian si mati serta dokumen-dokumen berkenaan harta pusaka si mati seperti geran tanah, penyata akuan dan sebagainya hendaklah diserahkan bagi membolehkan pihak peguam menyediakan kertas kuasa untuk membuat permohonan di Mahkamah Tinggi.
Setelah permohonan dibuat, pihak mahkamah akan menentukan suatu tarikh bicara bagi mendengar permohonan oleh pemohon atau pentadbir untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Sekiranya pihak mahkamah berpuas hati dan semua suratcara adalah teratur, pihak mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah seperti yang dipohon.
Setelah Surat Kuasa Mentadbir diperoleh dan pentadbir dilantik bagi pengurusan harta pusaka si mati, maka pentadbir mempunyai kuasa bagi melaksanakan tugasnya untuk mentadbir keseluruhan harta pusaka si mati seperti mana yang telah dipohon dan dimeterai di dalam Surat Kuasa Mentadbir berkenaan sama ada harta pusaka itu dibahagi secara persetujuan bersama oleh kesemua waris-waris atau pembahagian secara faraid.
Sekiranya terdapat mana-mana lagi harta pusaka si mati yang tidak tersenarai di dalam senarai harta yang telah dipohon di dalam Surat Kuasa Mentadbir berkenaan.
Pentadbir tidak akan mempunyai kuasa untuk mentadbir harta pusaka itu dan permohonan harta tercicir haruslah dibuat sekali lagi di institusi yang berkenaan.
Oleh itu, amatlah penting untuk dikumpulkan kesemua harta pusaka si mati dengan teliti supaya tiada yang tercicir dan memudahkan perjalanan proses pengurusan harta pusaka si mati.
Sekiranya terdapat harta pusaka si mati yang hendak dilupuskan atau dijual, dan kemudiannya untuk dibahagikan hasil jualan berkenaan kepada waris-waris atau bagi penyelesaian liabiliti si mati, waris hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi terlebih dahulu.
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan, antaranya adalah membuat proses turun milik kepada nama waris yang berhak mendapat harta itu terlebih dahulu dan kemudiannya barulah boleh dijual kepada pembeli.
Selain itu, waris boleh mendapatkan Perintah Jualan dari Mahkamah atau Pesaka Kecil tanpa perlu diturun milik kepada waris.
Dalam hal ini, kesepakatan waris hendaklah dicapai sebelum permohonan boleh dibuat kerana kesemua waris yang layak mendapat harta pusaka itu perlu menandatangani dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan ini dibuat.
Antara lain, faktor yang perlu diambil tahu juga adalah kos-kos yang terbabit. Bagi setiap proses, kosnya adalah berlainan bergantung kepada permohonan yang dibuat sama ada permohonan Surat Kuasa Mentadbir sahaja atau permohonan untuk mendapatkan perintah penjualan harta pusaka kerana kedua-duanya adalah proses yang berbeza.
Kos-kos permohonan ini hendaklah dibuat kepada institusi-institusi di mana permohonan itu dibuat. Selain itu, kos-kos yang terbabit ini juga boleh dimohon daripada Mahkamah Tinggi atau Pesaka Kecil untuk ditanggung oleh harta pusaka si Mati.
Kesimpulannya, meskipun pengurusan harta pusaka dan penjualan harta pusaka adalah sesuatu yang rumit, namun waris-waris haruslah menguruskan harta pusaka si mati dengan secepat yang mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Waris-waris juga haruslah sepakat supaya proses pengurusan harta pusaka ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang masalah atau pertelingkahan dalam kalangan waris.
https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/09/1301603/proses-dan-syarat-mengurus-menjual-harta-pusaka