shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Ipoh ( 26 Unit Rumah Teres 2 Tingkat )

Ipoh

Residential Type: 2-sty Terrace/Link House

Built Up: 1,940 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 4

Price from

MYR 476,000

Ipoh ( 19 Unit Rumah Teres 2 Tingkat )

Ipoh

Residential Type: 2-sty Terrace/Link House

Built Up: 2,133 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 3

Price from

MYR 463,884

News

View More View More

KPKT kawal harga rumah mampu milik

25 June 2024
CYBERJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan harga rumah mampu milik tidak dinaikkan susulan penyasaran subsidi diesel yang berkuat kuasa 10 Jun lalu. Timbalan Menteri, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata kediaman yang tertakluk di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) dan dikawal KPKT, dijual pada harga RM300,000 ke bawah, akan dipastikan kekal pada kadar berkenaan. Ia termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), kediaman di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Program Perumahan PR1MA. "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memantau, termasuk rumah mampu milik dibina di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang juga dikawal di bawah KPKT. "Ia termasuk kediaman PPR, RMR, di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Program Perumahan PR1MA yang dijual bawah harga RM300,000, selagi dasar itu tidak diubah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Sentuhan Kasih Parlimen Sepang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta KPKT, di sini hari ini. Yang hadir sama, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad. Sebanyak 33 lembu dikorbankan pada program itu untuk diagihkan kepada asnaf di kawasan Sepang dan golongan memerlukan. Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang, berkata kenaikan harga rumah bergantung kepada bentuk kediaman yang dibina dan dijual secara terbuka oleh pemaju, bukannya projek perumahan di bawah kawalan KPKT yang bergantung kepada penawaran dan pembelian. "Bagi rumah yang pembinaannya sudah diluluskan, ia terikat dengan perjanjian jual beli dan tidak boleh diubah. Sekiranya ada kenaikan harga rumah mampu milik, pemaju perlu kemukakan permohonan kepada kerajaan dan setakat ini memang kita kawal harga rumah terbabit," katanya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1260862/kpkt-kawal-harga-rumah-mampu-milik  

Hartanah kediaman Malaysia tarik minat pembeli asing

21 June 2024
KUALA LUMPUR: Minat pembeli asing terhadap hartanah kediaman Malaysia didorong oleh lokasinya yang strategik, projek infrastruktur baharu, iklim pelaburan menggalakkan, hasil tinggi dan kepelbagaian dalam pasaran hartanah, kata Juwai IQI. Menurut Laporan Trend Pembelian Hartanah Kediaman Rentas Sempadan Asia Pasifik bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit juga telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif dalam kalangan kohort Asia. "Ringgit kekal lebih kukuh berbanding yuan China. Yuan kehilangan satu peratus berbanding ringgit sejak dua tahun lepas," kata laporan itu. Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Hong Kong dan Singapura.Dolar Hong Kong meningkat 10 peratus dan dolar Singapura sebanyak 13 peratus sepanjang dua tahun lalu berbanding ringgit. "Pada rumah berharga RM2 juta, peningkatan mata wang itu menawarkan pembeli dari negara terbabit bersamaan dengan diskaun bernilai sekurang-kurangnya RM200,000," katanya. Sementara itu, Malaysia memainkan peranan penting dalam pasaran hartanah merentas sempadan sebagai destinasi menarik untuk pelabur asing dan menjadi sumber pembeli yang aktif di pasaran lain. Pelabur Malaysia adalah pembeli ketiga paling aktif hartanah luar negara dalam kalangan lokasi Asia, dengan destinasi utama ialah Thailand, Australia dan Vietnam. "Faktor utama dalam membeli hartanah di luar negara adalah pertumbuhan ekonomi dan kelas pertengahan yang semakin meningkat, ia mempunyai pendapatan boleh guna, membolehkan lebih ramai individu melabur di peringkat antarabangsa," katanya. Juwai IQI berkata, rakyat Malaysia berusaha untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dengan memperoleh hartanah di luar negara dan banyak melabur di negara yang mempunyai sistem pendidikan berkualiti tinggi dan kemudahan gaya hidup unggul seperti Australia dan Amerika Syarikat (AS). https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/06/1260189/hartanah-kediaman-malaysia-tarik-minat-pembeli-asing  

Article

View More View More

Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030

23 May 2024
IPOH: Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata, unjuran itu dibuat berasaskan kepada pelbagai projek pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) serta pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP). "Apabila negeri dibangunkan dengan pelbagai projek pembangunan dan ada peluang pekerjaan bermakna ada keperluan untuk menyediakan unit rumah itu meliputi rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Taman Istana, di sini hari ini. Saarani berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) serta Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) telah diberi tanggungjawab sebagai agensi utama negeri yang menerajui agenda menyediakan perumahan mampu milik. Sementara itu, beliau berkata cadangan supaya Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 dikaji semula dengan penekanan kepada pembinaan rumah berharga RM200,000 dan ke bawah, perlu mengambil kira pelbagai faktor antaranya peningkatan kos bahan binaan seperti besi yang perlu diimport. Saarani berkata, pemain industri binaan juga mesti dilayan dengan adil khususnya apabila mereka perlu membeli bahan binaan dengan harga mahal, namun perlu menjual rumah pada harga tertentu. "Saya rasa ini bukan sahaja berlaku di Perak, malah seluruh negara, tentang keperluan untuk pemain industri binaan ini membeli barang binaan daripada negara luar dengan cukai yang tinggi. Jadi kalau dapat kita kawal (kadar) cukai import itu mungkin kita boleh mengurangkan kenaikan harga rumah," katanya. Pengerusi REHDA Perak, Raymond Chan dalam ucapannya berkata, laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan jumlah transaksi hartanah di Perak sepanjang tahun lalu ialah 44,468 unit bernilai RM11.319 bilion. Beliau berkata, jumlah itu mengalami penurunan sebanyak 1.4 peratus berbanding 47,867 unit bernilai RM11.484 bilion pada 2022. Menurutnya, laporan NAPIC juga mendapati bahawa sepanjang 2023, sejumlah 4,598 unit kediaman telah siap dibina tetapi tidak terjual atau 'overhang'. "Perak mencatatkan 'overhang' yang tertinggi dengan peratusan sebanyak 17.8 peratus daripada jumlah 25,816 unit di seluruh negara," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1249464/perak-perlu-lebih-57000-unit-rumah-menjelang-2030  

Panduan pemetaan pastikan harga rumah mampu milik masuk akal

16 May 2024
PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan panduan pemetaan harga kediaman mampu milik bagi memastikan ia sesuai dan masuk akal. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata panduan pemetaan di bawah Dasar Perumahan Negara itu adalah lebih saintifik dengan mengambil kira negeri dan lokaliti tertentu. "Sebagai contoh, sebelum ini di bawah Dasar Perumahan Negara, definisi kediaman mampu milik tidak melebihi RM300,000, tetapi harga rumah mampu milik di Kelantan dan Kuala Lumpur (jika) diukur pada titik yang sama iaitu RM300,000 mungkin tidak masuk akal. "Justeru, bagi memastikan ia sesuai, KPKT sedang melaksanakan panduan pemetaan yang lebih saintifik di bawah Dasar Perumahan Negara bagi memastikan jenis harga yang sesuai boleh ditawarkan, bergantung kepada negeri dan lokaliti," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perumahan Serantau REHDA Institute, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk NK Tong. Sementara itu, Kor Ming berkata, KPKT menjangkakan prestasi yang stabil dalam pasaran hartanah dan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malah, beliau berkata, banyak saham dalam sektor hartanah turut mencatatkan peningkatan yang baik. Katanya, pasaran hartanah negara sedang mencatatkan pemulihan dan pertumbuhan yang stabil, selepas merekodkan 399,000 transaksi hartanah bernilai sekitar RM200 bilion tahun lalu. "Sejak kerajaan MADANI mengambil alih kepimpinan negara, hartanah tidak terjual telah menurun kepada kurang 24,000 unit berbanding 37,066 unit, pengurangan besar dan ketara melebihi 40 peratus. "Malaysia kini menjadi destinasi menarik kepada ekspatriat dengan jumlah permit kerja yang dikeluarkan oleh imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi telah meningkat kepada 154,115 pada 2023, berbanding 110,819 pada 2022. "Peningkatan lebih daripada 50 peratus ini menjadi petunjuk kukuh bahawa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya. Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pembangunan semula perancangan bandar menjadi agenda ekonomi dan sosial yang penting kepada Malaysia. Katanya, kadar urbanisasi diunjurkan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040 berbanding kadar semasa 78 peratus. "Banyak bangunan di Malaysia kini semakin usang dan usaha pembaharuan boleh membantu dalam memulihkan serta menghidupkan semula kawasan bandar yang usang dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi melalui pelaksanaan Garis Panduan Pembaharuan Bandar," katanya. Beliau berkata, kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengubah Kuala Lumpur menjadi pusat bandar masa depan terkemuka dan contoh menerusi Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025, Pelan Strategik DBKL 2021-2030 dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040). "Semua pelan ini tidak akan berjaya jika banyak bangunan di bandar kita termasuk hartanah strata tidak dihuni dan terbiar kerana isu undang-undang yang membawa kepada potensi kawasan setinggan bandar," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1246894/panduan-pemetaan-pastikan-harga-rumah-mampu-milik-masuk-akal