shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Ipoh - Klebang ( 19 Unit Rumah Teres 2 Tingkat )

Ipoh

Residential Type: 2-sty Terrace/Link House

Built Up: 2,133 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 3

Price from

MYR 463,884

Ipoh - Tawas ( 4 Unit Semi D 3 Tingkat Kedai Pejabat )

Ipoh

Commercial Type: Shop Office

Built Up: 6,000 sq.ft.

Price from

MYR 589,434

News

View More View More

Rumah bawah RM300,000 paling banyak dilancar pada suku pertama

17 May 2024
KUALA LUMPUR: Pelancaran kediaman baharu merekodkan peningkatan pada suku pertama 2024 dengan rumah di bawah harga RM300,000 adalah paling banyak dilancarkan, demikian menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), agensi di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ia sekali gus memperlihatkan pemaju hartanah mula membina lebih banyak rumah mampu milik seiring dengan kehendak pengguna ketika ini. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH, Abdul Razak Yusak, berkata berdasarkan data agensi itu, sebanyak 36.3 peratus atau 2,028 unit rumah baharu yang dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah berharga di bawah RM300,000. Beliau berkata, rumah berharga di antara RM300,000 hingga RM500,000 pula adalah sebanyak 22.1 peratus atau 1,236 unit, manakala rumah berharga RM500,001 hingga RM1 juta pula sebanyak 33 peratus (1,844 unit) dan 8.6 peratus (477 unit) rumah berharga di atas RM1 juta. Katanya, negeri yang paling banyak melancarkan rumah baharu pada suku dikaji adalah Johor (1,819 unit) diikuti oleh Selangor (1,479 unit) dan Pahang (692 unit). Secara keseluruhan, Abdul Razak berkata pelancaran rumah baharu pada suku pertama tahun ini mencatatkan sebanyak hampir 5,600 unit, meningkat 19 peratus berbanding suku pertama tahun lalu dari segi bilangan unit, manakala prestasi jualan mencatatkan kadar 20 peratus atau sebanyak 1,119 unit. "Aktiviti pembinaan juga dilihat menunjukkan senario yang signifikan. Projek mula dibina meningkat kepada lebih 21,300 unit berbanding hampir 20,000 unit tempoh yang sama tahun lalu. "Kenaikan hampir lapan peratus ini menunjukkan tanda awal yang positif pembangunan sektor hartanah negara. Pembangunan baharu yang dirancang pula berkurang sedikit, sekitar 11,000 unit berbanding hampir 13,000 unit pada suku pertama 2023," katanya ketika taklimat media Pasaran Harta Suku Pertama 2024 yang diadakan secara maya, hari ini. Abdul Razak berkata, unit kediaman siap tidak terjual pada suku yang dikaji turut memperlihatkan momentum yang memberangsangkan. Beliau berkata, unit siap dibina tidak terjual merekodkan penurunan kepada hampir 24,000 unit dengan nilai RM16.5 bilion, berbanding hampir 26,000 unit bernilai RM17.7 bilion pada suku sebelumnya. Walau bagaimanapun katanya, terdapat peningkatan minumum bagi unit siap dibina tidak terjual bagi pangsapuri perkhidmatan pada kadar lima peratus dari segi bilangan dan hampir 10 peratus bagi nilai dengan jumlah mencecah 21,000 unit bernilai hampir RM18.2 bilion. "Unit pangsapuri khidmat berharga RM500,000 hingga RM1 juta adalah penyumbang terbesar iaitu 58 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya. Pada suku pertama, unit kediaman siap tidak terjual yang paling banyak adalah rumah berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta sebanyak 29.4 peratus atau 7,111 unit bernilai RM4.77 bilion. Rumah berharga bawah RM300,000 juga turut merekodkan 28.6 peratus unit kediaman siap tidak terjual sebanyak 6,933 unit bernilai RM1.47 bilion. Perak antara negeri yang paling banyak unit rumah siap tidak terjual sebanyak 4,588 unit diikuti Johor (3,629 unit), Kuala Lumpur (3,194 unit) dan Selangor sebanyak 3,011 unit. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1247207/rumah-bawah-rm300000-paling-banyak-dilancar-pada-suku-pertama  

Kekal jaga kewangan

15 May 2024
Kuala Lumpur: Kestabilan dan pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) dilihat memberi kelegaan kepada peminjam yang sedia ada terutamanya bagi mereka yang mempunyai kontrak pembiayaan dengan kadar berubah. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pihaknya percaya Bank Negara Malaysia (BNM) mahu menyokong pertumbuhan ekonomi domestik dengan jangkaan untuk mengekalkan OPR pada 3.0 peratus untuk sepanjang tahun ini. Katanya, ia tindakan mengimbangi antara menyediakan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi memandangkan OPR membabitkan kos dan menjejaskan kos pinjaman bagi perniagaan dan isi rumah. "Sekurang-kurangnya kestabilan OPR ini memberi kelegaan kepada peminjam yang sedia ada terutamanya bagi mereka yang mempunyai kontrak pembiayaan dengan kadar berubah. "Namun, orang ramai disaran untuk sentiasa menjaga kedudukan kewangan peribadi supaya sentiasa berdisiplin dan kekal selesa dalam melunaskan hutang sedia ada," katanya kepada Bisnes Metro. Menurutnya, pada masa sama, risiko inflasi lebih tinggi juga agak ketara terutama menjamin keadaan monetari. Beliau berkata, buat masa ini, membiarkan OPR tidak berubah adalah langkah yang betul dan melangkah ke hadapan, BNM akan terus meneliti prospek inflasi yang berkembang. "Keputusan BNM sudah dijangka oleh semua ahli ekonomi. Berdasarkan kenyataan itu, kami berpendapat bahawa BNM nampaknya mempunyai pandangan yang membina terhadap prospek pertumbuhan ekonomi tahun ini. "Ini berikutan peningkatan dalam perdagangan global, ketibaan pelancong yang lebih tinggi, pelaksanaan projek infrastruktur, realisasi pelaburan diluluskan dan keadaan pasaran buruh yang sihat. "Bagaimanapun, BNM kekal berhati-hati terhadap risiko inflasi yang lebih tinggi iaitu daripada kesan rasionalisasi subsidi, kawalan harga, turun naik harga komoditi dan turun naik dalam pasaran kewangan," katanya. Mohd Afzanizam berkata, margin yang luas dalam ramalan inflasi mencerminkan ketidakpastian lebih besar terhadap kesan daripada rasionalisasi subsidi ke atas produk berkaitan petroleum. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/05/1090138/kekal-jaga-kewangan  

Article

View More View More

Panduan pemetaan pastikan harga rumah mampu milik masuk akal

16 May 2024
PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang melaksanakan panduan pemetaan harga kediaman mampu milik bagi memastikan ia sesuai dan masuk akal. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata panduan pemetaan di bawah Dasar Perumahan Negara itu adalah lebih saintifik dengan mengambil kira negeri dan lokaliti tertentu. "Sebagai contoh, sebelum ini di bawah Dasar Perumahan Negara, definisi kediaman mampu milik tidak melebihi RM300,000, tetapi harga rumah mampu milik di Kelantan dan Kuala Lumpur (jika) diukur pada titik yang sama iaitu RM300,000 mungkin tidak masuk akal. "Justeru, bagi memastikan ia sesuai, KPKT sedang melaksanakan panduan pemetaan yang lebih saintifik di bawah Dasar Perumahan Negara bagi memastikan jenis harga yang sesuai boleh ditawarkan, bergantung kepada negeri dan lokaliti," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perumahan Serantau REHDA Institute, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk NK Tong. Sementara itu, Kor Ming berkata, KPKT menjangkakan prestasi yang stabil dalam pasaran hartanah dan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malah, beliau berkata, banyak saham dalam sektor hartanah turut mencatatkan peningkatan yang baik. Katanya, pasaran hartanah negara sedang mencatatkan pemulihan dan pertumbuhan yang stabil, selepas merekodkan 399,000 transaksi hartanah bernilai sekitar RM200 bilion tahun lalu. "Sejak kerajaan MADANI mengambil alih kepimpinan negara, hartanah tidak terjual telah menurun kepada kurang 24,000 unit berbanding 37,066 unit, pengurangan besar dan ketara melebihi 40 peratus. "Malaysia kini menjadi destinasi menarik kepada ekspatriat dengan jumlah permit kerja yang dikeluarkan oleh imigresen kepada ekspatriat berkemahiran tinggi telah meningkat kepada 154,115 pada 2023, berbanding 110,819 pada 2022. "Peningkatan lebih daripada 50 peratus ini menjadi petunjuk kukuh bahawa kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya. Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pembangunan semula perancangan bandar menjadi agenda ekonomi dan sosial yang penting kepada Malaysia. Katanya, kadar urbanisasi diunjurkan meningkat kepada 84 peratus menjelang 2040 berbanding kadar semasa 78 peratus. "Banyak bangunan di Malaysia kini semakin usang dan usaha pembaharuan boleh membantu dalam memulihkan serta menghidupkan semula kawasan bandar yang usang dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi melalui pelaksanaan Garis Panduan Pembaharuan Bandar," katanya. Beliau berkata, kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengubah Kuala Lumpur menjadi pusat bandar masa depan terkemuka dan contoh menerusi Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur 2021-2025, Pelan Strategik DBKL 2021-2030 dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040). "Semua pelan ini tidak akan berjaya jika banyak bangunan di bandar kita termasuk hartanah strata tidak dihuni dan terbiar kerana isu undang-undang yang membawa kepada potensi kawasan setinggan bandar," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/05/1246894/panduan-pemetaan-pastikan-harga-rumah-mampu-milik-masuk-akal  

Projek rumah bawah RM300,000 paling banyak terbengkalai

26 March 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sejumlah 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Januari lalu, dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah. Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.Ads by "Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000, dua projek di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga. Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung faktor lambakan rumah tidak terjual, beliau berkata isu kediaman 'overhang' (kediaman siap tidak terjual) adalah manifestasi ketidaksepadanan dalam pasaran perumahan disebabkan oleh jurang permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran. Antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah. Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat membabitkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka. Menjawab soalan asal Kian Chuan berhubung garis masa bagi penyelesaian kajian kebolehlaksanaan 'vacancy tax' (cukai pengosongan) untuk membantu menyelesaikan masalah hartanah kediaman tidak terjual, Aiman Athirah berkata kerajaan berpandangan belum wujud keperluan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai berkenaan. "Kerajaan berpandangan bahawa tindakan intervensi yang dilaksanakan dalam pasaran perumahan ketika ini adalah memadai," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/03/1227697/projek-rumah-bawah-rm300000-paling-banyak-terbengkalai-BERNAMA