shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Bagan Serai ( 4 Unit Semi D 2 Tingkat )

Bagan Serai

Residential Type: Semi-Detached 2 Storey

Built Up: 1,900 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 4

Price from

MYR 688,000

Tanjong Malim ( 8 Unit Semi D 2 Tingkat kluster )

Tanjong Malim

Residential Type: Cluster House

Built Up: 1,600 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 3

Price from

MYR 500,340

News

View More View More

Pasaran hartanah rancak, rumah siap tak terjual berkurangan

21 January 2025
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas kerancakan pelancaran projek baharu serta pengurangan stok hartanah tidak terjual atau 'overhang'. Pengerusi Institut Rehda, Datuk Jeffrey Ng, berkata dari tahun 2010 hingga 2014, pengenalan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) memberikan dorongan besar kepada pasaran, menyebabkan pelancaran projek yang kukuh. Namun, katanya apabila DIBS dimansuhkan pada tahun 2014, pertumbuhan pasaran mula perlahan yang membawa kepada hampir sedekad kemelesetan. "Antara tahun 2014 dan 2023, pasaran menyaksikan pelancaran projek yang lebih perlahan, lebihan stok yang bertambah, dan jumlah unit yang lebih sedikit dilancarkan. "Pada 2023, pasaran mula pulih semula, dan kini jelas bahawa kita sedang memasuki fasa kitaran menaik dengan prospek positif untuk masa depan," katanya pada ucapan alu-aluan persidangan tahunan pemaju hartanah, Siri CEO: 2025 di sini, hari ini. Dalam pada itu beliau berkata kos bahan yang semakin meningkat dan kekurangan tenaga kerja terus memberi tekanan kepada sektor hartanah. Katanya, data menunjukkan bahawa kos bahan binaan telah meningkat secara purata sebanyak lapan peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun lalu, sekali gus memerlukan penyelesaian perolehan yang inovatif. "Industri hartanah juga perlu secara proaktif mengintegrasikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dengan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, reka bentuk bangunan lestari, dan perancangan bandar yang inklusif. "Komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 memerlukan kerjasama yang signifikan antara sektor awam dan swasta. "Selain itu, cabaran urbanisasi, termasuk kesesakan lalu lintas dan infrastruktur yang tidak mencukupi, semakin mendesak. Kadar urbanisasi Malaysia dijangka mencapai 80 peratus menjelang 2030, memerlukan pembangunan penyelesaian bandar pintar dan mampan yang dipercepatkan," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, dalam ucapannya berkata, platform seperti Siri CEO ini amat penting untuk memupuk dialog produktif antara kerajaan dan pemain industri. Katanya, perbincangan ini amat penting untuk memperhalusi dasar dan membentuk masa depan. "Sejak penubuhannya pada tahun 2016, siri ini telah menjadi asas kukuh untuk pelbagai industri, termasuk pembinaan, perbankan, hospitaliti, pembuatan, dan pembangunan hartanah, yang mendapat liputan meluas dari media dan menghasilkan impak yang bermakna. "Dalam Belanjawan 2025 tahun ini, yang adalah belanjawan ketiga di bawah rangka kerja MADANI, telah diterima baik, dengan inisiatif utama yang direka untuk menarik pelaburan dan merangsang pertumbuhan," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2025/01/1350187/pasaran-hartanah-rancak-rumah-siap-tak-terjual-berkurangan  

Gaji meningkat, kadar faedah pinjaman rendah rangsang sektor hartanah

17 January 2025
KUALA LUMPUR: Peningkatan gaji penjawat awam, pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi, Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil pada 3.0 peratus dan kadar faedah pinjaman yang rendah di Malaysia akan memberikan impak positif kepada sektor hartanah tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank (HLIB), Lee Jim Leng, berkata ini menjadikan pemilikan hartanah lebih mampu milik bagi mereka yang ingin melabur dalam masa terdekat, memandangkan faktor kemampuan membeli dalam kalangan pembeli rumah masih menjadi isu utama. "Pandangan optimis terhadap sektor ini turut disokong oleh inisiatif kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2025. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM7,000 untuk pembeli rumah kali pertama. "Kadar pertumbuhan pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diunjurkan pada 4.9 peratus untuk tahun ini (menurut unjuran HLIB) dan ekonomi kekal kukuh menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan berterusan dalam sektor hartanah," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas Forum Bursa Malaysia-HLIB Stratum Series bertajuk'Sektor Hartanah: Memasuki Kitaran Baharu?' di sini, hari ini. Berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), nilai transaksi hartanah Malaysia melonjak kepada RM105.65 bilion dalam separuh pertama 2024. Ini mencatatkan pertumbuhan mengagumkan sebanyak 23.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun. Selain itu, Indeks Hartanah Kuala Lumpur dijangka meningkat sebanyak 31.17 peratus pada 2024, manakala isu lambakan rumah tidak terjual juga semakin baik dengan pengurangan sebanyak 12.3 peratus. Mengulas lanjut, Jim Leng berkata, di sebalik pandangan optimis ini, cabaran tetap wujud dalam sektor hartanah. Beliau berkata, isu kemampuan membeli, tekanan inflasi dan ketidaktentuan global masih memerlukan perhatian semua pihak. Katanya, pasaran hartanah sering digunakan sebagai penanda aras kestabilan ekonomi sesebuah negara kerana ia mencerminkan kuasa beli, kadar inflasi, dan kadar urbanisasi sesebuah negara. Menurutnya, di Amerika Syarikat (AS), ahli ekonomi menggunakan Indeks Harga Rumah S&P CoreLogic Case-Shiller untuk menilai trend harga rumah di bandar utama, yang kemudiannya digunakan untuk mengukur kesihatan pasaran hartanah negara itu. "Pasaran hartanah juga merupakan tunjang penting dalam ekonomi global. Ini terbukti dengan jelas semasa Krisis Kewangan 2008, apabila gelembung pasaran perumahan di AS pecah, menyebabkan kejatuhan mendadak harga rumah, peningkatan penyitaan hartanah dan krisis kewangan global. "Oleh itu, sektor hartanah bukan hanya mengenai membina rumah, ia turut menjadi asas kepada ekonomi yang rancak, merangsang pembangunan bandar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya. Pengarah Eksekutif Knight Frank Malaysia, Amy Wong, juga berpandangan bahawa pasaran hartanah Malaysia kekal berdaya tahan dan bersedia untuk pertumbuhan jangka panjang pada 2025. "Daya tahan itu disebabkan lokasi strategik Malaysia, kepelbagaian budaya dan dasar kerajaan yang menyokong akan terus menarik minat pelabur serta pemilik rumah," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2025/01/1349579/gaji-meningkat-kadar-faedah-pinjaman-rendah-rangsang-sektor-hartanah  

Article

View More View More

Kempen pemilikan rumah akan diperkenal semula tahun depan

18 December 2024
SELAYANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 3.0 pada tahun depan. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perumahan Negara, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan pihak berkepentingan lain berkenaan pelaksanaan HOC 3.0 itu. "Kita akan mencari tarikh yang mempunyai 'feng shui' yang sangat baik. (Apa pun) saya perlu fikir dulu.Kita akan mengadakan Sidang Kemuncak Hartanah ASEAN pada Julai depan. Saya yakin, kempen HOC akan dibuat sama ada bersempena sidang kemuncak inj ataupun sebelumnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli belah 168 Park Mall dan meninjau kemajuan projek 168 Park Selayang sempena Program Sentuhan Kejayaan KPKT di sini, hari ini. Projek itu pada asalnya dibangunkan oleh Sierra Delima Development Sdn Bhd yang membabitkan pembangunan empat blok kediaman namun telah tertangguh akibat masalah kewangan syarikat. Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau difahamkan bahawa sebanyak 678 unit pembeli terjejas dan terkesan apabila projek ini yang dulu dikenali sebagai Selayang Star City berstatus sakit dan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan iaitu Mac 2019. Katanya, pada 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk memberikan kebenaran dan melantik syarikat induk 168 Park Selayang Sdn Bhd, iaitu Infra Segi Sdn Bhd, sebagai pengurus memulihkan projek ini. "Keputusan Mahkamah Tinggi ini telah berjaya menyelamatkan projek ini. Kini, projek Selayang Star City telah berjaya dibangunkan semula sebagai pembangunan moden yang dikenali sebagai 168 Park. "Setiap unit yang dulunya terjejas telah siap di bawah pemajuan Blok C dan diserahkan bermula 30 Ogos 2024. Usaha ini membuktikan komitmen tegar pihak pemaju untuk menghidupkan semula kawasan ini," katanya. Kor Ming berkata, Taskforce Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai berjaya memulihkan 862 projek atau 102,808 unit perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.82 bilion dalam tempoh dua tahun. Katanya, salah satu langkah penting yang akan diambil oleh KPKT adalah untuk melaksanakan pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menguatkuasakan langkah yang lebih tegas terhadap pemaju yang terbabit dalam projek sakit dan terbengkalai. "Rang Undang-Undang (Pindaan) dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan. KPKT terlibat secara aktif dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pindaan ini memberikan hasil yang adil kepada semua pihak, termasuk pembeli hartanah. "Kami akan memastikan semua suara didengari, termasuk REHDA dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, selain menjalankan kajian yang diperlukan untuk memastikan cadangan pindaan pada 2025 adalah berkesan. "Melalui pindaan ini, kita mampu menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat untuk menegakkan tadbir urus yang baik. Sebagai contoh, pemaju yang didapati bersalah melakukan penipuan akan berhadapan dengan hukuman yang serius, termasuk dihalang dari meninggalkan negara. "Mereka juga mungkin menghadapi prosiding mahkamah dan hukuman seperti penjara sehingga tiga tahun, denda berjumlah RM250,000 hingga RM500,000, atau kedua-duanya sekali," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/12/1335553/kempen-pemilikan-rumah-akan-diperkenal-semula-tahun-depan  

Kerajaan tolak cadangan had beli rumah bagi tujuan pelaburan

28 October 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menolak cadangan untuk mengenakan had pembelian rumah bagi tujuan pelaburan. Beliau berkata, bukan peranan kerajaan untuk mengehadkan pelaburan dalam sektor hartanah yang terbukti sebagai lindung nilai yang berkesan terhadap inflasi dan cara melindungi kekayaan. "Sekatan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan kejatuhan pasaran hartanah dan memberi kesan buruk kepada kira-kira 200 industri yang berkaitan dengan hartanah, termasuk kontraktor, perkhidmatan paip, perbankan dan perkhidmatan guaman. "Jika sektor hartanah runtuh, kesannya kepada negara kita boleh menjadi parah," katanya ketika sesi libat urus Menteri KPKT bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, dalam podcast 'Keluar Sekejap' (KS) baru-baru ini yang mencadangkan bahawa mengehadkan pembelian hartanah boleh membantu mengatasi krisis perumahan mampu milik dengan menangani lambakan rumah mewah tidak terjual dan meningkatkan harga rumah. Mengulas lanjut, beliau berkata, perlu difahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan perkara yang lebih penting adalah untuk memastikan terdapat penyediaan rumah yang mencukupi. "Kita bukan negara komunis yang menghalang rakyat daripada membeli hartanah dan keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan tiada gelembung dalam pasaran hartanah serta keadaan semasa kekal stabil. "KPKT menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM100 bilion pada 2024 dan ia berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Jumlah nilai transaksi untuk separuh pertama 2024 telah melebihi RM100 bilion," katanya. Tambahnya, KPKT sedang merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperketat syarat-syarat untuk pemaju. "Salah satu cadangan pindaan ialah menghalang pemaju yang terbabit dalam penipuan daripada meninggalkan negara. "Mereka (pemaju) akan disenarai hitam dan bukan sahaja pemaju itu sendiri, malah keluarga mereka," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/10/1315562/kerajaan-tolak-cadangan-had-beli-rumah-bagi-tujuan-pelaburan