shopify analytics ecommerce
tracking

Featured Properties

Newly Added Properties

View MoreView More

Tanjong Malim ( 8 Unit Semi D 2 Tingkat kluster )

Tanjong Malim

Residential Type: Cluster House

Built Up: 1,600 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 3

Price from

MYR 500,340

Tanjong Malim ( 2 Unit Semi D 2 Tingkat )

Tanjong Malim

Residential Type: Semi-Detached 2 Storey

Built Up: 2,000 sq.ft.

Bedroom: 4

Bathroom: 4

Price from

MYR 686,340

News

View More View More

Rumah bawah RM300,000 jadi tumpuan, paling banyak dijual

18 December 2024
KUALA LUMPUR: Pasaran harta tanah kediaman negara pada suku ketiga merekodkan lebih 70,000 transaksi, tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan nilai hampir RM29 bilion, peningkatan 2.9 peratus dari segi bilangan dan 1.3 peratus nilai transaksi berbanding tempoh sama pada 2023. Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Abdul Razak Yusak, berkata subsektor kediaman terus mendominasi aktiviti pasaran, menyumbang lebih 60 peratus bilangan transaksi harta tanah dalam negara. Subsektor kediaman dalam lingkungan harga RM300,000 dan ke bawah menguasai aktiviti pasaran kediaman negara dengan merekodkan 53.4 peratus (37,689 transaksi), diikuti harga RM300,001 hingga RM500,000 sebanyak 23.8 peratus (16,790 transaksi) dan RM500,001 ke atas sebanyak 16,041 (22.8 peratus) transaksi. Menurutnya, secara keseluruhan, prestasi pasaran harta tanah Malaysia pada suku ketiga 2024 terus kukuh dengan bilangan dan nilai transaksi masing-masing menokok kepada 112,305 transaksi bernilai RM57.31 bilion. Peningkatan marginal dalam bilangan sebanyak 3.1 peratus turut diimbangi dengan kenaikan kecil 0.3 peratus nilai transaksi berbanding tempoh yang sama pada 2023, katanya. "Prestasi pasaran harta tanah yang kukuh ini disokong oleh pertumbuhan positif bilangan transaksi harta tanah di semua subsektor, pertumbuhan menggalakkan aktiviti pembinaan dan penurunan unit kediaman siap dibina tidak terjual secara konsisten sejak suku pertama 2024," katanya dalam satu kenyataan. Abdul Razak berkata, Selangor menyumbang bilangan dan nilai transaksi tertinggi, mendominasi 21.1 peratus bilangan (14,902 transaksi) dan 29.2 peratus nilai (RM8.40 bilion). Johor di kedudukan kedua tertinggi dengan 17.9 peratus bilangan (12,616 transaksi) dan 20.2 peratus nilai (RM5.81 bilion). Mengikut jenis harta, permintaan kekal tertumpu kepada kediaman jenis rumah teres yang mendominasi hampir 42 peratus bilangan transaksi kediaman negara, katanya. "Inisiatif dan sokongan berterusan kerajaan seperti menambah baik fleksibiliti syarat-syarat permohonan bagi program Malaysia My Second Home (MM2H) dan pengecualian duti setem dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama, menjadi pemangkin pasaran harta tanah yang lebih kukuh," katanya. Sementara itu, prestasi kediaman siap dibina tidak terjual turut memperlihatkan momentum yang lebih baik. Unit kediaman siap dibina tidak terjual merekodkan penurunan marginal, masing-masing 3.0 peratus dan 2.8 peratus dalam bilangan dan nilai kepada 21,968 unit bernilai RM13.85 bilion berbanding tempoh sama pada suku kedua 2024. Menurut Abdul Razak, bagi segmen aktiviti pembinaan, harta tanah kediaman menunjukkan prestasi menggalakkan apabila peringkat siap dibina, mula dibina dan penawaran baharu dirancang menunjukkan pertumbuhan positif, masing-masing meningkat 4.6 peratus, 27.6 peratus dan 37.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Bagaimanapun, situasi adalah berbeza dalam segmen pelancaran baharu yang menyaksikan sedikit penurunan pada suku ketiga 2024. Pelancaran baharu kediaman merekodkan 13,708 unit berbanding 18,974 unit yang direkodkan pada suku kedua 2024, dengan 42.6 peratus merupakan kediaman berharga dalam lingkungan RM500,001 hingga RM1 juta, katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/12/1336568/rumah-bawah-rm300000-jadi-tumpuan-paling-banyak-dijual  

Pasaran hartanah semakin pulih, minat pembeli meningkat.

11 December 2024
KUALA LUMPUR: Minat belian terhadap hartanah kekal kukuh dalam 10 bulan 2024 dan hartanah siap dibina tidak terjual juga dilihat semakin berkurangan, sekali gus mendorong pemulihan dalam sektor itu, kata penganalisis. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah meningkat semula kepada RM56.4 bilion pada Oktober 2024, meningkat 15 peratus berbanding bulan sebelumnya. Pada asas tahunan, jumlah permohonan pinjaman pada Oktober 2024 adalah lebih tinggi 4.1 peratus selepas merosot 10.5 peratus dari tahun ke tahun pada September 2024, menjadikan permohonan pinjaman terkumpul pada 10 bulan 2024 lebih tinggi pada RM532.4 bilion. Pinjaman yang diluluskan untuk pembelian hartanah juga meningkat kepada RM24.3 bilion pada Oktober 2024, 11.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Pada asas tahunan, pinjaman yang diluluskan mencatatkan pertumbuhan selama empat bulan berturut-turut, naik 2.2 peratus pada Oktober 2024, menjadikan jumlah pinjaman yang diluluskan bagi 10 bulan 2024 lebih tinggi pada RM237.8 bilion. MIDF Research berkata, pertumbuhan dalam permohonan pinjaman adalah positif kepada sektor hartanah memandangkan ia menunjukkan minat belian terhadap hartanah kekal berdaya tahan. Ia berkata, pinjaman yang diluluskan yang lebih tinggi dalam 10 bulan 2024 juga menunjukkan jualan baharu yang lebih kukuh untuk pemaju hartanah di Malaysia. Tambahan pula, katanya, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Sistem Rapid Transit Johor Bahru-Singapura (RTS) akan kekal sebagai pemangkin bagi sektor hartanah. "Secara ringkasnya, kami mengekalkan pendirian 'POSITIF' kami terhadap sektor hartanah. Pilihan utama kami untuk sektor ini ialah Mah Sing Group (BELI, TP: RM2.04) dan Matrix Concepts (BELI, TP: RM2.48)," katanya dalam nota penyelidikannya. MIDF Research menjelaskan, pihaknya positif terhadap prospek jualan baharu Mah Sing berikutan jualan baharu akan dipacu oleh strategi menjual projek kediaman mampu miliknya. Sementara itu, katanya, usaha sama Mah Sing Group dengan Bridge Data Centres di Mah Sing DC Hub @ Southville City akan memberikan peningkatan kepada pertumbuhan pendapatan dalam jangka panjang. MIDF Research berkata, prospek jangka panjang bagi Matrix Concepts adalah positif berikutan keterlihatan pendapatan yang kukuh daripada tanah Lembah Wawasan Malaysia (MVV 2.0). Ia berkata, MVV2.0 dengan jumlah keluasan 963.96 hektar dan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM12 bilion akan mendorong jualan hartanah dan pertumbuhan pendapatan selepas tahun kewangan 2027. Selain itu, katanya, sumbangan pendapatan yang semakin meningkat daripada bahagian penjagaan kesihatannya akan terus menyokong pertumbuhan pendapatan. MIDF Research berkata, hartanah siap dibina tidak terjual di Malaysia terus bertambah baik dengan kediaman siap dibina tidak terjual merosot kepada 21,968 unit pada suku ketiga 2024 berbanding 22,642 unit pada suku kedua 2024, iaitu pada paras terendah dalam tujuh tahun. Ia berkata, kediaman siap dibina tidak terjual pada suku ketiga 2024 disumbangkan terutamanya oleh Kuala Lumpur (3,273 unit), Perak (3,039 unit), Johor (3,030 unit), Pulau Pinang (2,570 unit) dan Selangor (2,304 unit). Sementara itu, katanya, pangsapuri servis siap dibina tidak terjual di Malaysia juga dalam aliran menurun apabila jumlahnya merosot kepada 20,158 unit pada suku ketiga 2024 berbanding 21,913 unit pada suku kedua 2024. Jelasnya, pengurangan hartanah siap dibina tidak terjual di Malaysia boleh dikaitkan dengan pembersihan inventori pemaju hartanah dan permintaan yang lebih kukuh untuk hartanah. Oleh itu, MIDF Research menjangkakan hartanah siap dibina tidak terjual yang semakin berkurangan akan mengekalkan bekalan hartanah yang kukuh dan menyokong sentimen belian terhadap hartanah. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/12/1333256/pasaran-hartanah-semakin-pulih-minat-pembeli-meningkat  

Article

View More View More

Kempen pemilikan rumah akan diperkenal semula tahun depan

18 December 2024
SELAYANG: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 3.0 pada tahun depan. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perumahan Negara, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan pihak berkepentingan lain berkenaan pelaksanaan HOC 3.0 itu. "Kita akan mencari tarikh yang mempunyai 'feng shui' yang sangat baik. (Apa pun) saya perlu fikir dulu.Kita akan mengadakan Sidang Kemuncak Hartanah ASEAN pada Julai depan. Saya yakin, kempen HOC akan dibuat sama ada bersempena sidang kemuncak inj ataupun sebelumnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli belah 168 Park Mall dan meninjau kemajuan projek 168 Park Selayang sempena Program Sentuhan Kejayaan KPKT di sini, hari ini. Projek itu pada asalnya dibangunkan oleh Sierra Delima Development Sdn Bhd yang membabitkan pembangunan empat blok kediaman namun telah tertangguh akibat masalah kewangan syarikat. Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, beliau difahamkan bahawa sebanyak 678 unit pembeli terjejas dan terkesan apabila projek ini yang dulu dikenali sebagai Selayang Star City berstatus sakit dan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan iaitu Mac 2019. Katanya, pada 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk memberikan kebenaran dan melantik syarikat induk 168 Park Selayang Sdn Bhd, iaitu Infra Segi Sdn Bhd, sebagai pengurus memulihkan projek ini. "Keputusan Mahkamah Tinggi ini telah berjaya menyelamatkan projek ini. Kini, projek Selayang Star City telah berjaya dibangunkan semula sebagai pembangunan moden yang dikenali sebagai 168 Park. "Setiap unit yang dulunya terjejas telah siap di bawah pemajuan Blok C dan diserahkan bermula 30 Ogos 2024. Usaha ini membuktikan komitmen tegar pihak pemaju untuk menghidupkan semula kawasan ini," katanya. Kor Ming berkata, Taskforce Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai berjaya memulihkan 862 projek atau 102,808 unit perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.82 bilion dalam tempoh dua tahun. Katanya, salah satu langkah penting yang akan diambil oleh KPKT adalah untuk melaksanakan pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menguatkuasakan langkah yang lebih tegas terhadap pemaju yang terbabit dalam projek sakit dan terbengkalai. "Rang Undang-Undang (Pindaan) dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan. KPKT terlibat secara aktif dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pindaan ini memberikan hasil yang adil kepada semua pihak, termasuk pembeli hartanah. "Kami akan memastikan semua suara didengari, termasuk REHDA dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, selain menjalankan kajian yang diperlukan untuk memastikan cadangan pindaan pada 2025 adalah berkesan. "Melalui pindaan ini, kita mampu menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat untuk menegakkan tadbir urus yang baik. Sebagai contoh, pemaju yang didapati bersalah melakukan penipuan akan berhadapan dengan hukuman yang serius, termasuk dihalang dari meninggalkan negara. "Mereka juga mungkin menghadapi prosiding mahkamah dan hukuman seperti penjara sehingga tiga tahun, denda berjumlah RM250,000 hingga RM500,000, atau kedua-duanya sekali," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/12/1335553/kempen-pemilikan-rumah-akan-diperkenal-semula-tahun-depan  

Kerajaan tolak cadangan had beli rumah bagi tujuan pelaburan

28 October 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menolak cadangan untuk mengenakan had pembelian rumah bagi tujuan pelaburan. Beliau berkata, bukan peranan kerajaan untuk mengehadkan pelaburan dalam sektor hartanah yang terbukti sebagai lindung nilai yang berkesan terhadap inflasi dan cara melindungi kekayaan. "Sekatan seperti itu dikhuatiri akan menyebabkan kejatuhan pasaran hartanah dan memberi kesan buruk kepada kira-kira 200 industri yang berkaitan dengan hartanah, termasuk kontraktor, perkhidmatan paip, perbankan dan perkhidmatan guaman. "Jika sektor hartanah runtuh, kesannya kepada negara kita boleh menjadi parah," katanya ketika sesi libat urus Menteri KPKT bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, dalam podcast 'Keluar Sekejap' (KS) baru-baru ini yang mencadangkan bahawa mengehadkan pembelian hartanah boleh membantu mengatasi krisis perumahan mampu milik dengan menangani lambakan rumah mewah tidak terjual dan meningkatkan harga rumah. Mengulas lanjut, beliau berkata, perlu difahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan perkara yang lebih penting adalah untuk memastikan terdapat penyediaan rumah yang mencukupi. "Kita bukan negara komunis yang menghalang rakyat daripada membeli hartanah dan keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan tiada gelembung dalam pasaran hartanah serta keadaan semasa kekal stabil. "KPKT menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM100 bilion pada 2024 dan ia berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Jumlah nilai transaksi untuk separuh pertama 2024 telah melebihi RM100 bilion," katanya. Tambahnya, KPKT sedang merancang untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperketat syarat-syarat untuk pemaju. "Salah satu cadangan pindaan ialah menghalang pemaju yang terbabit dalam penipuan daripada meninggalkan negara. "Mereka (pemaju) akan disenarai hitam dan bukan sahaja pemaju itu sendiri, malah keluarga mereka," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2024/10/1315562/kerajaan-tolak-cadangan-had-beli-rumah-bagi-tujuan-pelaburan